Kosong

Isnin lepas ummi abah and abang long saya datang ke rumah kami. Tanpa sebarang notis diorang datang. Malam sebelum tu saya ada update status di FB, yang saya nak sangat peluk ummi saya...huhuhuuuu...manjakan? dah anak dua pon manja lagi...kami adikberadik semua pon macam tu...so, bagai mengantuk disorongkan bantal laa saya!!!

Anak-anak saya seronok sangat bila atuk ngan nenek datang. Diorang cakap non-stop. Banyak sangat benda nak cerita, benda nak tunjuk kat atuk ngan nenek. Ayah Long pon suka melayan diorang. Memang diorang seronok sangat!!...

Pagi tadi diorang dah berangkat balik ke kampung semula. Datang sekejap sebab ikut abang Long yang ada urusan kat sini. Lagipon tak boleh stay lama-lama, nenek saya kat kampung pulak tak boleh berenggang lama ngan ummi saya. Ummi saya yang jaga dia sejak arwah atuk saya dah 'tak ada'...

Sekarang perasaan saya sepi & kosong...rasa tak tau apa nak buat kat rumah...tadi gi belek-belek pokok pon rasa tak best macam selalu...entah laa, selalu sangat rasa macam ni bila ummi abah datang dan pergi, walaupon cuma untuk beberapa hari je diorang datang. Biasanya kalau orang yang datang menetap kat rumah kita lama baru kita akan rasa kehilangan bila orang tu dah balik ke tempat dia, tapi saya tak...hmmm, kalau lama diorang menetap kat sini lagi laa tak tau macam mana rasa, mesti bercucuran air mata seminggu...Uols pernah rasa macam ni tak???

Memang saya nak sangat diorang sentiasa ada di sisi...kuat kan ikatan parent ngan anak-anak ni...adikberadik saya semua pon macam tu, tak ada seorang pon antara kami yang macam tak kisah kalau ummi abah ada ke tak ada...semua memang nak ber'tepek' je ngan diorang (kalau boleh) especially ngan ummi...pelik kalau ada anak-anak yang tak ada ikatan yang kuat dengan mak bapak, mungkin sebab mak bapak yang kurang ingatan pada anak-anak kot...

Hmmm...sekarang ni masih rasa kosong, terus saya SMS abe Noor, mintak nak balik kampung cuti sekolah ni...mesti, mesti!!!

-THE END-
"The Best is yet to be"

Comments

Popular Posts