New School

Semalam kami ke Genius Aulad Setia Alam, ada opening day. Dirasmikan oleh Ahli Majlis Perbndaran Klang. Now it's officially open!!!

Inilah sekolah baru Iman & Aisyah, bermula January tahun depan. 

70% baru siap renovation, a lot more to do. InsyaAllah akan siap menjelang sesi persekolahan nanti. Persekolahan bermula pada hari yang sama kakak-kakak dan abang-abang mula bersekolah di sekolah rendah dan menengah. Tapi pada hari tu nanti lebih kepada introduction aulad kepada new school environment. Dan ambik uniform jugak! :)...GA adalah Islamic Pre-School, sebab tu saya pilih!!! Jarak ke GA ni lebih kurang 10-15 minit je dari rumah kami. Kenapa tukar sekolah Iman ye? Kenapa tak stay di kinder yang lama? Bukan ke cuma 2-3 minit je dari rumah? Setelah melihat perkembangan Iman yang tak kembang-kembang tu, melainkan badan je duk kembang, plus sistem sekolah lama tu yang ummi tak berkenan, plus ummi susah nak interact dengan all teachers, plus ummi tak dapat nak jenguk pon kelas Iman, ummi rasa ummi perlu cari kinder yang amat bagus untuk Iman. Senang cerita Iman tak sesuai di situ. Hanya saya sahaja mengetahui kelemahan dan kekurangan anak saya, kesimpulan untuk setahun Iman bersekolah adalah Iman perlu sekolah yang lebih baik. Full stop!!! 

Sempat jugak bergambar. 

Saya sentiasa mencari sesuatu yang the best untuk anak-anak saya. Saya tak pernah meletakkan standard yang tinggi dalam hidup saya, contohnya anak-anak mesti ke sekolah mahal & ternama. Itu bukan kemestian bagi saya. Hanya bila saya merasakan mereka memerlukan sekolah seperti ini sahaja, saya hantar mereka ke sana. Saya jenis yang cepat risau dengan perkembangan anak-anak. Bila cerita kat orang macam mana Iman, orang akan kata anak lelaki memang susah focus, kuat main, lambat berbanding budak perempuan. Itu bagi saya cuma untuk me-relief kan hati saya yang agak gundah gulana ni. Tapi saya tak mahu lagi berada dalam comfort zone, dan menunggu Iman besar untuk berubah. Saya mesti bertindak sekarang, sebab zaman sekarang tak sama dengan zaman kita, zaman yang semua orang berkejar-kejaran & berlumba-lumba. Saya tak mahu anak saya ketinggalan (dah setahun pon anak saya ketinggalan & membuang masa! semua kerana saya yang tersilap membuat pilihan!!!) Dalam masa yang sama saya tak nak push anak saya too hard. Saya cuma nak dia enjoy learning, nak dia rasa betapa seronoknya belajar, nak dia belajar approach ke depan, lebih berani, dan tak malu-malu lagi untuk interact with people surround him...(macam tu lah anak-anak saya sekarang)

Bergambar dengan ayah. 

GA memang sekolah impian saya untuk hantar anak-anak ke sana sejak diorang kecil. Bila dah ada yang dekat dengan rumah, saya tanya abe Noor, kalau dia mampu atau tidak bayar yuran bulanan, maklumlah cuma dia je yang mencari rezeki keluarga. Bila dia kata OK, saya terus proceed dengan online registration. GA ni tak macam sekolah lama Iman langsung!!! walaupon 70% je siap, semua parents boleh masuk, tengok macam mana rupa kat dalam tu. Masa menjamu selera semalam kami diberi rasa makanan yang akan anak-anak kami makan nanti. Masakan daripada tukang masak GA tu sendiri. Baguslah macam tu, tak perlu nak sorok apa-apa daripada parents kan, ni kan kinder, bukan penjara!! :)

Ini principal dia, En. Hafizi...lembut percakapannya. 

Masa ni tengah bagi speech, speaking je sentiasa. Ada orang panggil dia ustaz, saya pon tak tahu adakah dia betul-betul seorang ustaz...En. Hafizi, we give you full support even though we all know you are still new in this field, we hope & really-really hope our children will get the best education here as a return. Please try to do your best, I don't want to waste another year for Iman, as well for Aisyah. I hope this is the right choice for my kids...


-THE END-
"The Best is yet to be"

Comments

Salam Ziarah,

Moga jumpa sekolah yg sesuai utk iman

Popular Posts