Bersangka Baik Terhadap Allah

-Monolog-

Telah byk yg blaku kpd aku sejak pembuka tahun 2014. Ye...byknya adalah yg worse dlm hidup...kategori worse, sbb masih jauh lg future...lots to come...

Antaranya yg x terpikul dek bahu seorang wanita lemah spt aku. Selama 32 tahun hidup atas muka bumi ini x banyak dugaan hebat yg Allah beri. Walaupon hidup dlm keadaan serba kekurangan sedari kecil lg, hidup xsemewah orang lain, bapa xsesempurna bapa2 yg lain...tapi hati masih bahagia...hati bahagia seorang anak kecil...hati bahagia seorang anak remaja...hati bahagia seorang perempuan yg meningkat dewasa...hati bahagia seorang wanita yg memiliki pasangan hidup dan anak2 dari rahim sendiri. Semuanya berjalan spt yg dirancang...kalaupon xsemua diperkenankan Allah...hati masih bahagia dan penuh redha...

2014...pedih dan luka datang...hingga hari ni blom bertemu jawapan. Apa punca...mana silapnya...apa dosa yg telah aku lakukan...muhasabah diri jd teman. Satu demi satu perkara yg x diminta dtg...adakah ini dugaan atau balasan? Kerap kali mengalir air mata di tikar sejadah dan di hadapan ayat2 suci Allah. Memohon bantuan Allah...memohon hanya dilapangkan dada...diberi ketenangan...

Atas tindak tanduk insan lain aku yg terluka...aku yg terima akibatnya...kerap kali juga aku yg menerima kesan ini yg terpaksa cuba perbaiki kepincangan itu tp semakin buruk yg datang. Yg kurasa dapat diperbaiki aku cuba perbaiki...yg xdapat dibuat apa2 aku hanya redha, tunggu lihat dan hadapi je...life must go on...masih ada lg di belakangku yg kubawa bersama...mana mungkin utk bputus asa...

Ya, anak2...Anak2 itu lah sahaja kekuatan yg aku ada...walaupon kadangkala mereka juga yg banyak menguji kesabaran hati...tp xpernah menyakiti...

Sejak itu setiap hari yg aku lalui, aku hanya menunggu 'what's come next?'...itu sahaja...dlm hati cuba get ready utk worse thing to come...meyakini hanya yg worse yg akan dtg...payah nak jumpa perkara yg baik aku rasa. Kalau ada cuma yg biasa...yg aku sendiri x rasa kebaikannya. Mungkin kerana terlalu banyak hadapi yg buruk sehingga yg baik dah jauh di-down grade kan...

Mungkin jugak kurang syukur...syukur kan bawa bahagia...x bersyukur x rasalah bahagia...

Pernah juga tertanya-tanya dlm hati...'why me, Allah...why me?'...takut dalam hati bila persoalan tu timbul...cepat-cepat istighfar...takut hati dihasut syaitan lebih jauh...

Allah, Kau permudahkanlah urusan ku untukku...andainya yg datang ini dugaan untukku, maka Kau tabahkanlah hatiku, Kau kuatkanlah jiwaku untukku hadapi segalanya dgn redha dan senyum...Kau mudahkanlah segalanya untukku...Kau berilah sedikit sinar bahagia dlm hidupku. Kau bantulah aku berubah ke arah yg lebih baik...murahkan rezekiku dan anak2ku...berikanlah ya Allah bahagia buat kami...amin...

Comments

jie @ azie said…
Salam ida,
Moga tabah untuk menghadapi ujian Allah swt. DIA bagi ujian ni sebab Dia tahu ida kuat untuk melaluinya. Semoga kuat menghadapi cabaran mendatangi. Jie berdoa moga Ida & family bahagia sentiasa :)

Popular Posts