Streptococcus Infections Vs. Measles

Jumaat lepas Aisyah mula demam...menangis saja di school. Esoknya saya mula sakit-sakit badan...sakit yang lain macam, menggigit-gigit gitu. Maka bermula laa episod sakit, the girls in the house setelah berseronok cuti-cuti di Sabah...tu nanti later on akan cerita...tp macam malas...owh, boys tak sakit, sebab tu girls in the house je...

Dah lama saya tak jatuh sakit, serius...selepas kene denggi 5 tahun yang lalu, jarang dah sakit-sakit demam tu. Sakit resdung ada & sakit gusi, tu puncanya sebab makan tak jaga ye...kali ni agak bad jugak laa, terbaring je atas katil, tak larat nak buat apa-apa...rumah bersepah-sepah tak tahan mata menengoknya...tapi tak berdaya, terpaksa biarkan. Satu hari anak-anak tak ke sekolah sebab saya tak mampu nak hantar. Aisyah pulak demam on & off...makan ubat baik laa sekejap, habis ubat dalam badan, suhu naik balik. Risau jugak sebab demam ni pon bahaya, tambah-tambah zaman sekarang ni...dua hari lepas tu, bawak Aisyah gi klinik bila Aisyah mula batuk-batuk pulak. Mata dia pon merah & bengkak. Doktor kata ada setengah budak bila suhu badan tinggi, mata akan merah lah...Haa, doktor Thurai nama doktor tu, Klinik An-Nisa'...tempat check-up pregnancy saya sepanjang zaman, heheheeee...kalau pregnant lagi, akan ke situ lagi kahh??? 

OK, saya cuma dua hari terbaring, lepas dah rasa OK sikit, mula berperanan sebagai surirumah balik...Aisyah masih on & off...hari Rabu berikutnya, awal pagi tu keluar bintik-bintik gatal kat badan Aisyah...(dah dia tergaru-garu, gatal laa tu kann). Saya dah en.Somi syak Aisyah kene measles...so, bawak gi klinik An-Nisa' lagi...kali ni Dr.Roslin, my favourite doctor...kata Dr. Aisyah bukan kena measles, tapi streptococcus infection, jangkitan sejenis bakteria. Cuma perlu makan ubat demam, paracetamol & ibuprofen selang-seli setiap 4 jam. Antibiotik pon kena teruskan. Kalau demam tak kebah-kebah kena bawak pergi hospital laa, dia siap bagi refer letter lagi. Esoknya demam Aisyah dah kurang, tapi red spots tu makin banyak. Kami makin risau, kot laa bakteria tu makin banyak dalam badan Aisyah ke, tapi setahu saya, kalau badan kita diserang bakteria @ virus, suhu badan akan meningkat, demam laa kan. So, dah tak tau apa nak buat, call my big sister, kak Ngah...kak Ngah kata tak perlu bawak gi hospital, demam dah kurang, emergency dept tak layan sangat, nanti letih menunggu. Bawak gi specialist, dapatkan pengesahan sakit apa. Kami pon ikut cakap kak Ngah, bawak Aisyah gi klinik Pakar Adek Seksyen 9 Shah Alam. Ingat dulu pernah bawak Iman masa dia baby kat situ. Sebab mata Iman sejak lahir sampai dah berbulan-bulan asyik berak je...Alhamdulillah lepas jumpa doktor pakar tu, dah tak ada dah penyakit berak-berak mata Iman.

Bila jumpa doktor pakar pulak, doktor tu kata Aisyah memang kena measles, sebab kalau streptococcus infection, lidah akan merah sangat macam strawberry, walaupon badan adalah sama akan ada red spots, tapi red spots nya lain sikit. Kalau measles kami tak risau sangat sebab dah familiar dengan penyakit tu. Penyakit tu tak ada ubat sebab adalah jangkitan virus, badan Aisyah sendiri yang kena kerja lebih masa, melawan virus tu...


streptococcus infection...sumber, encik google...


measles...also from encik google...


Aisyah...

Sekarang Aisyah dah slowly recover, belum fully lagi tapi dah mula active & mengada-ngada!! Kulit jadi makin gelap, gatal-gatal tu nak baik, color dah tukar gelap sikit...kulit pon kering...tak apa, dik...insyaAllah nanti baik...kita sama-sama sabar...hopefully this coming Monday, you'll be able to join your friends at school...

-THE END-
"The Best is yet to be"

Comments

Mrs Shyza said…
kesian aisyah...
takpe,umi dgn aisyah,2-2 tuhan syg...sbb tu tuhan kasi dugaan sket..
get well soon...nnt bleh g school dgn abang iman...
aizamia3 said…
moga cepat sembuh hendakNYA..
zaxx said…
smoga aisyah cepat smbuh n leh main ngan kegkawan dia..:) amin

Popular Posts