Celik Momz

Sabtu lepas saya sangat happy...dah lama tak hadiri majlis ilmu, majlis motivasi...semalam saya pergi sini...


All sponsored by my husband, abe Noor...tq abg...kat Auditorium JAKIM, Putrajaya...so, saya berkampung di JAKIM dari jam 9am - 5pm Sabtu tu.

OK, ini baju dress boleh jugak dipanggil jubah yang kembang...saya blom pregnant lagi...huhuhuuuu...(dan saya gumuk!!!)

Cerita sikit pasal saya. Saya ibu yang cepat risau, mudah stress...mula jadi sangat stress sejak ada anak-anak. Masalah saya adalah pada diri saya yang tak pandai nak kawal emosi, tak pandai nak manage stress...stress sebab anak-anak yang sangat kuat throw tantrum, meragam dan sebagainya. Bukan salah anak-anak, itu datang daripada Allah, bila datang dari DIA, semua adalah yang baik sahaja, yang turn jadi tak baik daripada diri kita sendiri. Kita yang tak memandang itu sebagai sesuatu yang baik...

Saya banyak kali tangok banner ni di fan page FB As-Sohwah, milik Prof. Dr. Muhaya. Tapi tak tergerak hati nak join. Sebab rasa macam mahal je, mau tak mahal...by Prof Dr. Muhaya niiii... One fine morning, saya bukak FB kat phone saya, nampak status Prof, inform dia keluar TV dalam rancangan Assalamu'alaikum di TV Al-Hijrah, jam 8.30am, topik Ibu Bahagia & Membahagiakan. SO, saya & abe Noor tercongok depan TV, tunggu Prof. Dalam tu dia promote lagi program Celik Momz ni. Abe Noor pon suruh pergi. Bila fikir-fikir balik, beli branded handbag boleh, nak bayar untuk ilmu perbaik diri payah pulak. Why not kan, so saya mintak abe Noor call pihak pengurusan program tu. Boleh register & pay online tapi kalau nak murah, ada promosi kat pesta buku Karangkraf di SACC Convention Center, S.Alam. So, kami cepat-cepat keluar ke sana, dapat off RM20, Alhamdulillah...tak sabar nak pergi...

Pergi abe Noor hantar...anak-anak tinggal kat rumah, blom bangun pon jam 7.30am masa kami keluar tu. Adik saya ada kat rumah kami, mintak dia tolong tengok-tengokkan anak-anak. Bukan senang nak pergi mana-mana tinggal anak-anak...sangat jarang sekali, selalu ke mana-mana mesti bawak diorang sama. Sampai sana, register ikut alphabet nama masing-masing, dapat handout, pen, dan segala yang perlu masa program tu...saya tak berteman, tak ada sapa-sapa pon yang saya kenal kat situ. Tak apa, saya dah biasa macam tu...dalam hati niat untuk perbaik diri demi anak-anak. Anak-anak je dalam mata dan fikiran saya.

Masuk auditorium, sempat beli buku Prof 2 buah...Celik Mata Hati & Bahagia dan Membahagiakan...penulisan pendek-pendek je, buku tak tebal. Harap tak mudah menguap bila baca. Lepas tu ambik tempat. At start, MC mula perkenal diri...Dr.Athiah...seorang doktor perubatan, tapi sekarang jadi pakar neurology & linguistic, tentang human behavior, body languange, karakter manusia dll. Dialah anak ke-2 Prof, sangat soft spoken, suara lembut halus je. MC pon bagitahu nak jemput Sharifah Khasiff perdengrkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim, secara bertarnnum. Hati saya jadi teruja at the same time rasa  sayu...the moment she came out on stage, air mata saya bergenang...saya sangat3X suka tarannum, & saya minat Sharifah Khasiff...tak tau macam mana nak gambar perasaan saya. Bila dia mula baca, air mata saya berlinang...sebelum ni saya tengok orang tarannum dalam TV je, sekarang ni live, Sharifah Khasiff pulak tu!!! malu ngan jiran sebelah, tisu tak ada, tudung pon boleh, lap sikit yang meleleh tu...subhanallah...seronok sangat!!!

Camera hset yang tak cun, macam ni lah kualitinya...owh, itulah Sharifah Khasiff that I told you earlier...luank dan best suara dia...

Lepas tu bacaan doa, mohon majlis diberkati...malaikat-malaikat turun bersama-sama hadir dalam majlis ilmu. Soon after, Prof yang ditunggu-tunggu muncul on stage. Manis, senyum xpernah lekang...yang paling suka tengok, jubah moden Prof, sangat cantik!!! kaler purple!!! Kena je ngan dia, memag cantik. Prof sangat best, program santai je ngan anak dia. Lepas tu nampak Nora & suami dia masuk, Nora penyanyi tu, jemputan khas Prof rupanya...pon cantik jugaaa...eh, lupa nak cerita...peserta memang ramai, penuh auditorium yang besar tu, dari JB ada, Kelantan ada, mana-mana je lah...Indian mom pon ada sorang datang...sambutan hangat...program berjalan dengan tenang & smooth je...rileks, tak ada stress. Kata Prof, masa dia nak keluar dari rumah dia, dia doakan semua peserta yang hadir ni, akan jadi ibu yang baik & solehah lepas program ni. Aura positif & kasih sayang Prof bagi dari hati yang ikhlas tu kot, kita boleh rasa, rasa tenang gitu. Prof pandai buat lawak, memang terhibur & tak mengantuk. Setiap masa, mesti ingatkan kita untuk positif, segala apa yang kita buat tujuannya kerana Allah, beri kasih sayang pada semua di sekeliling kita, sangka baik pada Allah & sesama kita...itu banyak ditekankan...program sangat enjoyable, tak ada guna konsep halaqaah sentuhan qalbu tu, tapi banyak kali jugak hati saya tersentuh dan bergenang air mata sepanjang program. Mungkin rasa kesal bila kena batang hidung, rasa banyak yang perlu perbaiki...

Prof Muhaya dengan anaknya, Dr.Athiah...

Lepas Zuhur, Prof tukar kaler orange pulak...cantik!!!

Dr.Athiah bagi ilmu macam mana nak communicate ngan anak. Sesekali Prof menyampuk & back up. Memang sangat santai...Dr.Athiah tu memang lembut sangat lahh...suka tangok...oh ye, Mom-mom ada jugak yang bawak baby. Tapi mungkin majlis ni dapat barakah Allah, baby-baby semua tak meragam, tak ganggu program pon. Dr.Athiah pon bawak baby dia jugak, siap dukung bawak atas stage lagi. Lepas lunch & Zuhur, sambung lagi slot dengan Prof. Lepas tu Prof jemput Yatt pelakon & Farah yang nyanyi lagu 'Bagaikan Puteri' tu, ingat tak dulu...dah pakai tudung labuh dia, Alhamdulillah. Ini adalah sesi perkongsian penghijrahan artis ke arah redha Allah. Yatt mula cerita kisah dia, macam yang kita tau baca dalam paper. Farah pulak mula bila dia belajar tafsir Al-Quran...sejak tu dia kembali semula ke life dia yang asal, ayah dia imam...dia dapat semua didikan agama, tapi sebab nak menyanyi sangat, dia punya desire dah tutup mata hati dia. Alhamdulillah dah 12 tahun berubah. Sekarang ada business muslimah apparel...Yatt pulak sangat kelakar, cara cakap dia, memang kelakar. Tapi still bagi sharing yang bermanfaat, memang bila dia bercakap, dia tak control ayu, memang kita akan tahu itu lah diri dia. Dah kahwin & ada anak, tapi macam muda remaja lagi...saya sukaaa!!! Owh, tak sempat ambik gambar diorang sebab khusyuk sangat dengar perkongsian diorang...

Lepas tu sesi soal jawab...ramai jugak bertanya. Tapi paling kagum dan meleleh air mata saya (ishh...asyik meleleh je, tapi orang lain pon ada jugak yang macam saya, btolll!!!) seorang ibu beranak 3, datang dari Johor. Ibu yang telah diceraikan talak 3, dengan anak bongsu yang 'istimewa'...ibu ini berhenti kerja sebab anak bongsunya. Memang lepas diceraikan dia tak ada sumber pendapatan. Dia cuma berserah hidup dan mati dia bersama anak-anak pada Allah. Tak lama lepas tu dia mula mengajar Al-Quran. Saja isi masa kata dia. Lama kelamaan makin ramai yang jadi student dia, sampaikan nak masak untuk anak-anak pon tak sempat. Start 9am sampai 10pm, mengajar...Tapi Allah tu maha Pemurah, student yang datang belajar hari-hari bawak makanan, sarapan, lunch...kata kakak tu makanan untuk 2 minggu ke depan pon dah tersedia dalam peti ais kat rumah dia. Berkat pergantungan sepenuhnya pada Allah, dan berkhidmat seikhlas hati mengajar orang lain mengaji. Dan yang paling hebatnya balasan Allah, katanya bekas suaminya jadi sayang pada dia, makan minum dia dan anak-anak sekarang dah terjaga, keperluan-keperluan dia dan anak-anak jugak dipenuhi...kuasa Allah kan...sedih cerita kakak tu...tabah btol dia...

gambar beramai-ramai lepas tamat program...

Lepas sesi soal-jawab, maka tamat lah program Celik Momz...rasa tak nak balik. Prof jemput semua bergambar...ikut group. Tapi tak berkesempatan laa, pasal abe Noor nak bersiap pegi dinner Takaful Ikhlas pulak, kat KLCC. This year saya tak pegi, malas nak make-up2...lagi pon kesian kat anak-anak, dah laa kena tinggal siang hari, malam pon tak kan nak tinggal lagi...tu je lahh cerita keterujaan saya di Celik Momz. Bulan Oktober saya dah booking abe Noor, nak serta program Bahagia dan Membahagiakan untuk suami isteri. Mesti best!!! tak sabar...

-THE END-
"The Best is yet to be"

Comments

mamaupi said…
Assalamualaikum,

bestnya dengar cerita ni..rasa teruja nak pegi..tapi sy jauh, nun di kelantan..InsyaAllah kalau ada rezeki pasti dapat pergi.. susahnya nak jadi ibu yang sabar mendidik anak2... Moga Allah berikan kekuatan dan kesabaran pada kita..take care..
EdaManAli said…
mamaupi: jauh pon tak apa, cari ilmu walau ke negeri China...kalo b'kemampuan ape salahnya...sgt b'manfaat...saya mmg rekemen je sape2 pegi program Prof Dr Muhaya ni...

Popular Posts