Membantulah sedaya kamu...

Assalam 'alaikum

First time jahit cotton mask ni...tak lah sesusah mana...itu pon bila ada yang amat memerlukannya...Alhamdulillah, dapat siapkan walaupon ada sikit-sikit yang tak berapa indah here & there...dan Alhamdulillah, hari ni dapat SMS daripada yang memerlukan tu, cotton mask ni dah selamat sampai ke tangan mereka...

ini Akid...nama penuh dia pon saya belum tau lagi. Ni anak kawan masa belajar di MRSM Kuala Berang/Q-Ber(nama glamer). Saya tak sekelas dengan kawan ni, dan kami sebenarnya tak rapat pon. Tapi saling mengenali...dan masih mengingati dia. Sangat sedih sebenarnya dapat tahu orang yang kita kenal walaupon tak rapat ditimpa dugaan hebat, anak kecik dia disahkan menghidapi leukimia...kalau boleh nak sebut penyakit tu pon tak nak...anak yang comel ni lah yang memerlukan cotton mask tu...Semoga Allah menyembuhkan Akid seperti sediakala...semoga Allah juga memberikan kesihatan yang baik kepada anak-anak kita semua. Doa kan Akid ye, UOLs...

Bantulah saudara kamu dengan apa sahaja yang kamu ada, kerana segala kurniaan Allah kepada kita, bukanlah milik kita seorang sahaja...bahagikan nikmat dan kurniaan itu kepada yang memerlukan...Semoga Allah memberi rahmah & rahim Nya kepada kita...

-THE END-
"The Best is yet to be"

Comments

Popular Posts