Gown
Alamak, blog ni dah jadi blog jahit-menjahit je sekarang ni...biar laa, janji saya happy...
ini gown cubaan untuk Aisyah. Aisyah memang dah tak ada gown lately sebab yang ada tu semua dah kecik (gown yang kecik ke Aisyah yang makin besar ni)
dah siap...jahitkan ribbon sekali, 1st try ribbon tu...
Nak belajar menjahit ni, memang pakai modal laa. Yelaa kan nak beli bahan-bahan menjahit, kain laa, zip laa, renda laa, benang laa, kapur penanda laa...macam-macam. Banyak jugak habis ni...semua pon belajar sendiri daripada tutorial. Lagu 1 keluar modal, print pattern gown daripada internet...Lepas ni nak try pattern lain pulak, ade kain velvet tu 2 jenis beli, & sangat teringin nak buat baju maxi untuk Aisyah, ala-ala muslimah gitu...
Wish list
- Pemegangnya direka khas untuk mengurangkan keletihan tangan dan pergelangan tangan.
- Boleh memotong kain tebal lebih dari 6 lapisan.
- Pisau yang boleh dikunci untuk tujuan keselamatan.
- Ukuran: 5 cm x 16 cm, Pisau: 45mm
- Kod: ACS0082
- Harga: RM 88
- http://epalstore.blogspot.com/2011/05/rotary-cutter-olfa-rm88.html
Epal punya memang bapak mahal, kedai lain murah kot...Harap abe Noor baca entry kali ni sampai the end of line...hihihiii...
-THE END-
Comments