Kepala Sarat

Dah seminggu tinggalkan activity menjahit, sebab bercuti...kat kampung je pon...kalo orang lain bile time cuti sekolah je mesti plan nak bawak anak-anak bercuti, tp saya cuma PK nak balik kampung halaman saya je...bukan tak mampu bercuti, kos balik kampung pon same macam pergi bercuti, menginap kat hotel bagai...banyak habisnye...balik kampung boleh jumpe ummi abah yang dirindu-rindu setiap saat...dapat cari makanan yang ikut selera tekak, dapat lapangkan kepala otak, nak mandi-manda kat pantai pon ade, air terjun tak jauh, kolam air panas jugeee...anak-anak pon suke, nak shopping pon ada pasaraya kat kampung saya, secret receipe pon dah ade, pizza hut je blom lagi...pasar pagi kuala besut tu haa, tiap-tiap jumaat, jam gilerrr...abih duit nak shopping, macam-macam ade, racun tikus pon ade!!! hohohooo...jauh bestnye dari segala tempat-tempat peranginan yang lain...itulahh kampung saya!!!

Balik rumah je kepala otak jadi sarat...bukan sarat ngan masalah pon, hidup saya bermula macam biasa semula...cuma dalam kepala ni banyak plan jahit-menjahit nak buat...nak cari kain laa, bahan-bahan menjahit laa, idea nak jahit bag laa, gown budak-budak laa, nak jahit baby quilt laa, nak jahit cadar untuk katil anak-anak laa...semua nak cuba rasenye. Cuma nak cari kesempatan tu yang payah. Hari-hari nak menjahit dengan lapangnya adalah time anak-anak pergi school which is cuma dalam 2 jam lebih je. Bila anak-anak balik school, terganggu sikit laa kerja. Paham-paham je laa. Time pagi sibuk uruskan rumahtangga & tak lupa nak belek-belek pokok kat laman belakang & depan. Nak masak lagi...BZ je bunyinye...sungguh, kadang-kadang semput. Seboleh-bolehnya tak nak abaikan tugas utama tu. Kalau tak nanti abe Noor Fadzli merungut je. 

Itu lah kisahnye...nak belajar sendiri menjahit pon payah. Kelas free dah lame tak pergi. Nanti lahhh, nak pergi jugak, nak cuba layakkan diri dapat sijil...at least ade laa credit kat situ kan...tu je...next project, still in progress, esok boleh siap kot. Tapi macam tak cantik je...blom siap lg dah kate tak cantik...huhuhuuu...

My kids & their cousins...

-THE END-
"The Best is yet to be"

Comments

Popular Posts