Mereka dah ke sekolah...

Dah hari ke-4 sekolah baru nak story kan...BZ laa walaupon saya bukan carrier woman...duk rumah lagi tak habis kerja. Nampak macam online je di FB, tapi sempat jenguk sekali-sekala, kalau lama online tu, maknanya itu adalah waktu melepaskan lelah dan mengendurkan urat saraf...
Hari pertama sekolah sangat perfect!! Dua-dua anak saya adalah sangat excited!! Iman excited dengan uniform baru, Aisyah sibuk nak pakai tudung ke sekolah...Iman dah besar agaknya, makanya tak ada lagi lah sesi mengamuk dan meronta di sekolah. Aisyah pon OK je, letak je depan kelas dia terus je masuk. Tapi macam sikit terpinga-pinga sebab ada 2 - 3 orang classmate dia yang menangis kaw2 punya. Pandai pulak Aisyah bawak diri time teacher tak cukup dua tangan. Bila ummi tanya Aisyah ada nangis tak? Dia jawab, "Aisyah tak nangis pon, kawan Aisyah nangis kuat sangat, Aisyah ada basah je kat mata..." heheheee...tu saya rasa air mata dia bergenang laa kot. Pilu jugak tengok kawan-kawan nangis gamaknya...

1st day nak gi school, Aisyah ummi bagi susu takut rindu...

Ummi interframe, Iman dah boleh harap snap kan gambar...

Depan bangunan Genius Aulad di Setia Alam...

So, start sekolah & sampai end of this week adalah orientation week diorang. Belum start belajar lagi laa...main-main & buat activity je dulu. Buat coloring, main cop-cop guna water kaler laa, playdough laa...Aisyah kata dia main pegang-pegang tangan buat bulatan...heheheee...pandai dah anak kecik saya bercerita...

Second day Aisyah OK je masuk sekolah. Cikgu pimpin je dia ke kelas. Tapi time nak ambik dia balik, cikgu cakap dia ada nangis sikit, sebab tengok kawan nangis. Memang pengaruh rakan sebaya betul laa...These two days diorag OK, sebab mati-mati diorang ingat ummi ada je tunggu kat luar...hihihiiii...

Hari ketiga, which is the next week...Iman still dengan record stable tanpa tangis nya. Aisyah pon OK je masuk sekolah tu, principal Hafizi yng pimpin diorang. Tapi bila enter second door kat dalam yang menuju ke hall dia tu, saya boleh dengar Aisyah meraung. Huhuhuuu...macam biasa saya keringkan hati, drive back home. She'll be OK dalam hati saya kata...dalam pukul 3 gitu, principal call saya bagitau Aisyah berak-berak, terkincit dalam seluar. So, saya terus gi jemput dia. Teresak-esak je tinggal, nangis dah habis...saya bawak dia balik, terus ke klinik pulak lepas tu. Sejak Sabtu lagi dia muntah-muntah. Ahad OK je, tup-tup Isnin berak-berak pulak...kesian Aisyah. Iman tinggal je kat situ, 4.30pm baru gi jemput.

Oh ya, bagus Genius Aulad ni kan, antaranya bila nak ambik anak-anak, parent kene make sure bawak pass id anak-anak. Diorang kan ada pakai kad matric(konon) kepit kat uniform tu. Parents dibekalkan dengan pass id, sekeping je tau. So, kalau tak bawak pass id tu, tak boleh laa nak ambik anak-anak ye. Yang ni memang strict, sebab nak jaga keselamatan anak-anak anda jugak...

Kad matric & pass id...

kat dalam tu hall...teacher & kids menuju ke pintu ke-dua(belah dalam ni) untuk aturkan kids yang naik van supaya beratur. Kat dalam tu ada kelas-kelas as well as kat atas. kat atas adalah kelas Iman, Aisyah kat bawah.

Hari ni paling best, baru saya park kenari saya je Aisyah dah meraung sambil kata nak gi Tesco(tak da tempat yang lebih happening kah???), tak nak gi sekolah kata dia. Iman dah mula buat muka sayu, sedih tengok adik dia kot. Saya tetap pujuk tanpa beralah, bawak dia pergi depan pintu masuk tu. Pakaikan kad matric diorang. Saya suruh Iman masuk dulu. Alhamdulillah Iman OK dan dah tahu mana nak tuju, sambil bawak sliper dia ke kelas. Aisyah masa ni dah meraung sungguh-sungguh hati gitu siap cabut kad matric(garang sungguh macam ummi dia). Principal dah start buat muka kelat, tapi belum tahap ketat. Aisyah lari keluar, panggil ayah, ayah, nak balik, nak balik. Saya dukung Aisyah & pass je kat principal Hafizi tu. Dia dukung Aisyah & bawak masuk dalam. Entah apa jadi selanjutnya saya tak tahu. Tak tenang jugak fikiran saya, takut Aisyah nanti menyusahkan teacher-teacher dia. Tapi kan itu dah memang keje dia, nak tak nak kena tahan laa jugak. Saya terus ke Tesco nak tenangkan fikiran(apakah???)...dah sebelah Genius Aulad je katanya kan...Time menjemput, Iman keluar tanpa pecah kan lagi record nya. Aisyah menyusul pulak lepas tu, sambil cakap "Ummi, Aisyah dah stop nangis dah...(ceria)" uhhuuu...boleh pulak cakap gitu yea...tak ingat dah tragedi tadi tu yea...

tengah hari tadi sebelum ke sekolah...rambut power puff girl kata Aisyah, dia yang request ummi buatkan. Iman tak nak pakai kopiah, sebab katanya kawan-kawan semua tak pakai, nanti kawan-kawan tak nampak rambut pacak Iman. Amboiii...kecik-kecik dah pandai melawa ni, jangan tak tahu...tapi nak encourage jugak dia pakai kopiah, sunnah Nabi, pakai kopiah keluar rumah. 1 pahala nanti untuk Iman...

Balik tu ayah kata nak bawak makan Tutti Fruitti, tapi ayah kata sebab hari ni Aisyah tak OK, so tak boleh bagi reward(ke nak selamatkan poket, ayah??) next time diorang dah OK baru gi...Iman nak makan bubur nasi, so kami pergi Ani Sup Utara TTDI Jaya...sebab kat situ sedap(so far laa). Kat Saujana Utama Sg.Buloh tu hampesh OK!!! lepas tu bawak budak-budak main kat tempat nostalgia lama, playground Puncak Perdana, untuk hiburkan hati diorang. Sekejap pon jadilahhh...

ceria kunun, apa lah nasib ummi esok, dik...

wahh...gelungsur baring nama dia nih...style kanak-kanak zaman 'connecting without boundaries'...

-THE END-
"The Best is yet to be"

Comments

ruziawati yusof said…
hantar kat tadika ni, sure anak2 u genius babe.. ni tadika bagus ni.. islamickan? good choice..

tq rajin visit blog kak t.. kak t baru merajinkan diri bw hari ni.. dah berbulan2 tak pegang mr. dell ni.. selalu tweet, fb, blogging guna bb kak t tu aje..

jaga anak2 baik2 ok.. comel cute je diaorang berdua ni.. meh auntie kiss skit.. muah!!

Popular Posts