Ape Kaba Tulang Radius Aisyah

Alhamdulillah, hari ni dh masuk 3rd day puasa. semoga hari ni kita semua yang berpuasa dapat kejayaan...azam Ramadhan masih diteruskan...insyaAllah...

Semalam Aisyah ade appointment ngan orthopedic. Kami pegi hospital ngan kakak saya Kak Lang. Thanks a million Kak Lang. Saya lemah laa bab-bab nak drive sendiri ni. Terukkan saya ni, apa pon tak boleh.

So, semalam episod Aisyah meraung sekuat hati kat bilik plaster & simen. Sebelum tu sampai kat hospital tak nak jalan sendiri, nak berdukung je. So, ummi dukung Aisyah kat situ walaupon kene turun naik tempat parking kereta 4 tingkat. Semput rase, kering tekak jugee, cuaca pulak memang baik, cerah dan terik je. Banyak jugak tenaga saya habis pagi tu. Mujur activity menunggu tak lama macam selalu. Masa nak X-ray pon Aisyah dah menangis, hardly refuse her hand to be x-rayed. Susah sangat nak pujuk, memang tak lut pon ngan pujukan, paksa je kekdahnya.

Bila jumpa doktor yang juga namanya Aishah, doktor tu kata kene simen lagi dan selepas 2 minggu kena jumpe orthopedic lagi. Dalam filem X-ray tu doktor tunjukkan tulang Aisyah yang masih ade bekas patah, nampak macam retak gitu, tulang dah bercantum semula, pada kawasan yang patah tu, imej tulang tu nampak warna putih terang, doktor kata tu adalah tulang baru. tapi masih perlu disimen lagi sebab tak meyakinkan, takut kalau lasak boleh patah semula. Macam tau-tau je doktor ni, Aisyah memang budak lasak. Memang laa dapat tau, simen yang lama tu dah lembik, kotor dah dan rosak skit. Owh, lagi satu, tulang Aisyah nampak bengkok dan dah tak lurus. Doktor kata tak apa, sebab Aisyah masih lagi akan membesar, dan tulang dia akan memanjang, proses tu akan meluruskan tulang Aisyah yang bengkok tu. Kata doktor tu laa, ape pon kita serah pada Allah, pencipta segala kejadian.

Then we were heading to plaster room. Ambik giliran yang tak lama pon menunggu. Sampai giliran, staff tu guna alat potong simen tu, macam alat potong kayu tu. Aisyah dah mula meraung. Takut sangat. Dia kata orang tu nak vacum Aisyah, sebab alat tu memang macam vacum, except for tempat pemotong dihujungnya, bukan tempat penyedut...hahahaaaa...nak bukak simen yang lama tu bukan main susah sebab simen dah lembik. Keadaan tu menyukarkan dan melambatkan proses & also menambahkan pekikan Aisyah yang nyaring. Tu lah, mandi tak nak angkat tangan, kan dah kene air, pastu lasak sgt main, sampai dan lunyai skit simen tu...Aisyah bukan setakat menjerit meraung, meggelupur sekali tak rela tangan dia diperlakukan sebegitu sekali lagi, huhuhuuuu, kaki siap tendang-tendang. Aisyah memang garang!!! Raungan Aisyah tu membuatkan pesakit-pesakit kat luar rasa ngeri...masing-masing cakap "sakit kot...kuatnye nangis"...hahahaaaa...padahal takut...semalam memang hari yang agak payah buat ummi, Aisyah. balik rumah rasa nak pengsan....(harap ayah baca entry ummi ni, Aisyah...)

Saya request kali ni Aisyah disimen dengan fiber glass, lebih ringan. Tak lagi seksakan anak kesayangan hamba ini...so, terbang laa RM50. & kali ni simen tak sampai siku dah, makin mudah Aisyah nak bergerak & bermain dengan lasaknya!

Tu je, next visit, Aisyah pegi ngan ayah je laa, biar ayah pulak rasa kan. Kene laa sama-sama merasa...btol tak??? ehheee...

fiber glass, tapi kaler putih je kot ade...lepas ni confirm laa kotor lagi. Kalau dapat macam abg Iman punya dulu, kaler biru OK skit kot...tu elephant yang ummi lukis laa tu. Sebab on the way balik semalam Aisyah mintak balik simen yang lame, sebab husband Che E dia (Abah E) ada lukiskan love shape kat situ...

errkkk...silap eja nama anak sendiri. Apesal ummi eja Aishah?? patutnya Aisyah...agaknye ummi masih lagi teringatkan doktor semalam tu kot...(sha = صا, sya = شا, Aisyah = عائشة tu bezanya kot dalam ejaan bahasa Melayu ke Arab)

-THE END-
"The Best is yet to be"

Comments

idafatimah said…
nnt suruh abah e lukis lagi....
EdaManAli said…
ude : dah laa susah nak jumpe abah E tu...
semoga aisyah cpt sembuh & blh pakai baju kurung raya ni.
ruziawati yusof said…
kesiannya aisyah.. jaga dia baik2 ye dear..

selamat berpuasa yang!
jie @ azie said…
bertuoh aisyah dapat ummi pandai nukih..kalu auntie jie gak mesti lukis ore lidi jah hok panda..hihihihi
btw ida meme pandai melukis .. patut maso degree ambik multimedia ;)
buleh wak animasi, lawa gajah tuuuu..
EdaManAli said…
Mar : mntk2 2 mnggu lg fully recover!!! bju kurung raya Aisyah dh lame beli tu...

Kak T : I will, tq...selamat b'puasa jugee...

Jie : Ida mmg suke lukis elephant, Aisyah pon sgt suke haiwan ni...tu pon byk lg haiwan yg dia request srh lukis...uhhhuuuu...skit2 bleh laa Jie...
mysha said…
salam..

mekaceh yer jenguk blog sy...

cIan aisyah... get well soon adik yer...

sis, chumellnyEW elephant tu.. kLo sy yang luKis jaDi binAtang lain lak t.. ekekeke
EdaManAli said…
Mysha : akak jumpe blog awk mase blog walking...akak mmg ske m'lukis...yg simple dimple bleh laa...m'lukis utk ank2...

Popular Posts