Kalau Anda Adalah Seorang Atuk @ Nenek...

...adakah penting bagi anda untuk datang jauh dari kampung untuk melawat cucu anda yang patah tangan, macam anak saya Aisyah ni??? Penting, mesti laa nak visit!

...tak sabar-sabarkah anda untuk datang ke rumah anak anda untuk visit cucu anda itu??? mesti laa tak sabar, baru-baru kemalangan tu laa yang lagi rasa nak cepat gi tengok!

...apakah perasaan anda sebaik sahaja mendengar berita yang cucu anda yang berusia 2 tahun lebih mengalami radius fracture (tulang tangan patah)??? sedih dan risau laa...

...berapa kerapkah anda akan sekurang-kurangnya menelefon anak anda untuk bertanyakan khabar cucu anda itu sekiranya anda tak berpeluang melawat mereka??? paling kurang pon once a week, sebab saya memang sayang sangat cucu saya!!!

tulisan oren tu adalah jawapan saya kalau saya dah jadi nenek, kalau uols nak jawab, sila laa jawab laa dalam hati ye...

well, my ummi and abah baru je bertolak balik ke kampung tadi, naik bas ekspress...anak saya Aisyah patah tangan hari Isnin lepas, hari Selasa diorang terus bertolak ke sini, pon naik bas jugak semata-mata nak melihat cucu diorg ni. Padahal ummi saya mempunyai kekangan iaitu perlu menjaga ibunya (nenek saya) kat kg. Nenek saya dah tua & cuma mahukan ummi saya je yang jaga dia. Adik-adik ummi terpaksalah ambik alih masa ummi abah ke rumah saya. Saya sangat terharu dengan kedatangan ummi abah ke sini. Bukan senang diorg nak dapat pelepasan daripada nenek saya tau!!..Anak-anak saya pon happy...saya tau anak-anak saya pon rapat ngan nenek & atuknya ni...

bila kita ada perasaan ambik berat, simpati & caring pada orang yang kita sayang, perasaan itu pada saya akan sampai pada orang yang kita sayang tu. Dan insyaAllah dia akan dapat balik kasih sayang itu semula...macam tu laa anak-anak saya boleh rapat ngan atuk & nenek mereka. Kalau tak dapat visit, at least selalu call untuk tanya khabar tu pon dah memadai bagi saya. Macam tu lah caring & loving...kalau kita tak ada soft touch daripada dalam hati kita, mesra tu tak akan datang & tak boleh nak dipaksa-paksa...kalau mesra tak datang, macam mana sayang nak timbul...

Tunjukkanlah perasaan caring & ambil berat (macam sama je meaning dia) pada cucu anda bila anda dah ada cucu nanti. Orang kata nenek ngan atuk ni kalau sayang cucu, sayang dia lain macam, lebih daripada diorg sayang anak-anak diorg sendiri. Kalau tak jangan salahkan mak bapak cucu anda kalau cucu anda tak rapat ngan anda!!...

hikmah Aisyah patah tangan: nenek & atuk boleh datang tengok rumah baru Aisyah kan...makcik-makcik & cousins Aisyah pon dapat peluang jumpa nenek & atuk...nanti kita balik kg pulak ye Aisyah & Iman

-THE END-
"The Best is yet to be"

Comments

Popular Posts