Nama yg sama tapi nasib yg berbeza

Semalam, dlm pukul 1 lbih am gitu laa...aku tgk cite Oprah Winfrey Show, channel DIVA, Astro. tgk sorang-sorang lepas puas mengadap game FrontierVille kat FB. Topik semalam "Same Name, Different Fate"Kisah berkenan 2 lelaki yg mempunyai nama yg sama iaitu Wes Moore, dibesarkan di kawasan kejiranan yg sama di Maryland US, kawasan kejiranan yg dikelilingi dgn drug dealers, penyalahgunaan senjata yg berleluasa, aktiviti gangster dan sebagainya tp ironinya mereka tidak pernah berjumpa. 

Kedua-duanya telah kehilangan bapa sejak kecil dan dibesarkan sepenuhnya oleh ibu. Kedua-duanya juga merupakan budak nakal di sekolah. Beza antara mereka ialah, Wes pertama telah dibesarkan oleh ibu dgn bantuan datuk & nenek yg amat menitik-beratkan hal-hal pendidikan, pergaulan & akhlak anak-anak. Sedangkan ibu Wes yg kedua tidak mampu menguruskan anak-anak b'sendirian. Kerana sibuk bekerja, anak-anak terbiar & mula belajar bergaul dgn budak-budak yg tidak baik di kawasan kediaman mereka. Ibu Wes kedua ini juga tidak mempunyai sokongan lain & tidak berpelajaran. Itu yg menyebabkan nasib kedua-dua Wes ini berbeza.

Wes Moore
Mendapat biasiswa Rhodes & ditawarkan melanjutkan pendidikan ke Oxford universiti. Pernah menjadi White House Fellow. Pernah bertugas dlm US Army ke Afghanistan, & kini menjadi penulis. Pendek kata Wes yg ni telah turned out menjadi seorang yg berjaya walau dahulunya semasa di alam persekolahan, dia juga merupakan pelajar yg nakal, sering melakukan kekacauan di sekolah & pernah beberapa kali cuba melarikan diri drp military school.

Wes Moore yg ni...
Telah dipenjarakan atas tuduhan bersubahat membunuh seorang anggota Polis berpangkat Sarjan dlm suatu rompakan bersama abangnya. Abangnya yg telah mengaku membunuh anggota polis berkenan telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Wes sehingga kini menjalani hukuman penjara seumur hidup atas pertuduhan itu. Setelah berada di penjara barulah Wes insaf & menjadi a better person & contoh bg prisoners yg lain. 

Nampak tak Wes yg ni mcm pakai kopiah kat kepala dia...dekat-dekat at the end of the show barulah diorg mention yg Wes Moore yg telah dipenjarakan ni telah memeluk Islam. (Alhamdulillah, if Allah give him a chance to change himself at the cell, it's OK & just redha, as long as at the end of his life he managed to become a better person & what more important is he will end up his life as a muslim, insyaAllah)

Sedang Wes Moore yg pertama dikhabarkan tentang biasiswa Rhodes yg dianugerahinya dlm akhbar, Wes Moore yg kedua pula dikhabarkan tentang kisah rompakan & pembunuhan yg dilakukan dlm akhbar yg sama. Sungguh ironi...Setelah Wes pertama membaca artikel tentang Wes kedua dlm akhbar tersebut, barulah bermula detik-detik perkenalan mereka. Perasaan ingin mengenali Wes kedua begitu mendalam mendorong Wes pertama utk mengutus surat kepada Wes kedua yg ketika itu telah mula menjalani hukuma di penjara. Sebulan kemudian baru Wes kedua membalas. Sejak itu Wes pertama sering melawat Wes kedua di penjara sehingga terdetik utk menulis sebuah kisah tentang diri mereka & mempunyai nama yg sama tetapi nasib yg berbeza. That's all...

Tentang buku : One Name, Two Fates - http://theotherwesmoore.com/
Selebihnya boleh tya en. Google kita ye...

Pernah tak korang terfikir nak jumpa/kenal dgn org yg sama namanya dgn korang. ade ke org yg sama nama dgn aku? setakat ni kalau jumpa pon, nama yg hampir-hampir sama adalah, itupon kakak-kakak sendiri...heheheee...


-THE END-
"The Best is yet to be"

Comments

♥ Mrs. C ♥ said…
kalo nama penuh kite, rasenyer tak penah la same dgn sape2, kalo ade pon Elmi tu je kot.... hehe
EdaManAli said…
@Connie
kalo Connie msti same mat saleh kan...hihihii...
Org putih nama mcm ikut acuan je...John, Michael, Jim...xlari jauh...kalo name org Malay mcm2 adaaa...campur name mak bapak laa...heheheee...tu yg kdg2 bleh jd unik tu, 1 dlm berjuta...
menarik cite ni.. adalah jugak jumpa nama org.. dkt2 ngan kak t.. mcm ruzilawati..skit2 arr..

eda.. kak t dh private blog.. nanti emel kak t ye? nk emel add nak invite u

ruziawatibukhari@yahoo.com

tq & take care
Min said…
interesting... thanks for sharing, moga wes yg masuk penjara tu akan kekal dlm Islam dan mati dalam Islam kerana itulah yg terbaik untuk setiap yang bergelar manusia...

Popular Posts