Menangani Karenah Anak


Nakal ke anak2 aku???

Lately aku agak stress dgn pe'el Aisyah Humaira yg byk menangis, mengamuk tanpa diketahui puncanya. Kadang2 hanya kerana perkara kecik pon bleh membawa kpd tangisan yg berpanjangan. Semalam tidur kami t'ganggu dgn pekikan tangisan aisyah. Memang membingitkan dah menyirapkan darah aku. Pe'el aku pulak, aku xboleh dengar suara anak2 yg melampau2 tangisnya, mendatagkan perasaan satu macam dalam dada. Ditambah pulak dengan mengantuk dan keletihan dr siang hari. Aku tak tahu apa cara lg untuk hilangkan pe'el aisyah ni, at least dapat kurangkan pon aku bersyukur yg teramat. Sememangnya dr kecik lagi aisyah memang suka menangis. Selama itulah aku bertahan dgn pe'elnya. Bila hilang sabar, aku pukul jugak si aisyah ni sebab aku memang seorang yg agak baran bila tahap kesabaran dah memuncak. Selalu kalau ada masalah begini dalam keluarga, kami akan mintak arwah ayoh(atuk aku) untuk ubatkan(bacakan sesuatu pada anak) @ kalau teruk buatkan solat hajat. Tapi bila ayoh dah tak ada aku lagi jadi bertambah sedih sebab tak tahu nak mintak tolong daripada siapa. Ummi dan abah aku hanya mampu memujuk2 aisyah je. Tadi setelah agak puas m'google topik permasalahan ni akhirnya aku jumpa satu article, yang sedikit menyejukkan hatiku. Ada beberapa perkara yg aku perlu cuba ubah dan amalkan supaya aisyah berubah. Boleh baca kat bawah...


ANAK NAKAL UJIAN ALLAH SWT..
PUNCANYA kecil saja, tetapi amuk si kecil berlarutan apabila permintaannya tidak ditunaikan. Selepas puas menangis, meronta dan menjerit, si kecil mula membaling barang yang ada di sekelilingnya.

Pujukan si ibu tidak diendahkan. Geram ‘tunjuk perasaannya’ tidak dipedulikan oleh ibu, si kecil kemudian menggigit dan menarik rambut ibunya berulang kali. Hilang sabar dengan kerenah anak, akhirnya si ibu memukul si comel.

Situasi itu mungkin pernah dialami kebanyakan ibu atau bapa. Anak kecil membuat kerenah dan ‘tidak makan pujuk’, misalnya mahukan perhiasan kaca atau benda tajam sebagai permainan, mengamuk kerana perkara remeh seperti marah dengan usikan si abang, kemahuan untuk membeli mainan mahal tidak dipenuhi atau tidak mahu makanan yang terhidang tetapi minta makanan yang tiada.

Berdepan anak yang banyak kerenah kadangkala membuatkan ibu bapa kurang sabar.

Apapun, kerenah anak adalah ujian Allah. Ia menguji kesabaran dan keimanan manusia kepada Allah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 28 bermaksud: ”Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”

Panel pendakwah dan pendidik, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata Allah sengaja menguji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin bersyukur apabila dikurniakan zuriat atau semakin jauh daripada-Nya.

Segala ujian itu tidak terlepas daripada dua perkara, iaitu sebagai penghapus dosa atau peningkatan darjat.

“Apapun sebab kita diuji dengan kerenah anak, Allah bukan bertujuan menyeksa kehidupan kita, tetapi ini tanda kasih sayang-Nya. Sebelum ibu bapa memilih kaedah paling sesuai mendidik atau mengajar anak, mereka perlu pastikan tiga perkara iaitu mengenal pasti jenis kenakalannya, tahap nakal serta membezakan kesilapan dan kesalahan anak.

“Ibu bapa perlu faham jenis atau kategori kenakalan anak kerana pemahaman perkara ini penting supaya mereka dapat menangani masalah anak dengan betul dan berkesan.

“Selain itu, tahap kenakalan anak berbeza mengikut peringkat umur, jantina, kecerdasan akal fikiran, pengaruh rakan dan persekitaran, didikan, suasana keluarga dan taraf ekonomi sesebuah keluarga. Yang pasti, kenakalan anak yang usianya lebih besar adalah lebih serius berbanding anak kecil.

“Anak tidak sepatutnya dihukum kerana melakukan kesilapan, tetapi memadai dengan dinasihati supaya dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Contoh kesilapan ialah anak tidak sengaja memecahkan tingkap ketika bermain bola, manakala kesalahan pula adalah perbuatan yang tidak betul dan disengajakan. Ia terbahagi dua iaitu kesalahan besar dan kecil,” katanya.

Wan Akashah berkata, kesalahan besar ialah yang jelas melanggar syariat atau undang-undang dan boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya dan orang lain. Contohnya anak sengaja bercakap bohong, tidak solat atau memukul rakan.

Kesalahan kecil pula biasanya tidak jelas melanggar syariat dan tidak membahayakan, tetapi mungkin melanggar peraturan manusia. Contohnya suka menconteng dinding atau tidak mahu buat kerja sekolah.

Sebagai manusia biasa, ada kalanya kerenah anak membuatkan ibu bapa hilang sabar. Selain asuhan baik, doa adalah kaedah penting yang mesti diamalkan ibu bapa dalam mendidik anak.
“Ada doa di dalam al-Quran untuk melembutkan hati anak supaya dengar cakap dan mudah mengerjakan solat. Antara doa yang perlu diamalkan ialah surah Toha ayat 1-5, surah al-Syura ayat 19 dan surah al-Hasyri ayat 21. Doa ini boleh diamalkan dengan meniup pada ubun rambut anak atau ditiup ke dalam air,” katanya.
Menurutnya, antara pendekatan lain yang boleh diambil dalam menangani kerenah anak ialah:

- Bersikap adil dalam semua perkara.
- Konsisten dalam tindakan menangani masalah.
- Jalin hubungan baik dengan anak.
- Jadikan diri sendiri sebagai contoh.
- Berlembut walaupun tegas.
- Tunjukkan kemesraan dan kasih sayang.
- Tunjukkan penghargaan pada anak.
- Jangan bezakan kasih sayang terhadapnya.
- Sesuaikan tindakan dengan watak.
- Kurangkan pengaruh negatif.
- Tunjukkan minat mendalam dalam menangani masalahnya.
- Beri peluang untuk anak meluahkan perasaannya.
- Adakan usrah keluarga.
- Jangan mengungkit kelemahannya.
- Dapatkan kerjasama keluarga.

Bagi masalah anak yang banyak menangis dan memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi, ibu bapa perlu mengajar serta melatih anak menahan emosi. Ibu bapa perlu cipta suasana yang dapat menjauhkan anak daripada emosional seperti menangis.

Amaran atau gertakan seperti jika menangis lagi, permintaannya tidak dipenuhi boleh dikatakan kepada anak terbabit. Misalnya: “Jangan menangis lagi. Kalau menangis lagi, ibu tak mahu penuhi permintaan Haikal.”

Menurutnya, apabila berdepan kerenah anak nakal, antara kebiasaan ibu bapa ialah memukulnya sama ada menggunakan rotan, tangan atau tali pinggang sebagai hukuman.

“Tidak dinafikan cara itu sangat memberi kesan terhadap anak. Apapun, perlu diingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. Anak yang besar atau remaja tidak sesuai dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar,” kata Wan Akashah.

Menurutnya, terlalu kerap memukul juga membuatkan anak menjadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi erti kepadanya. Anak hanya berkelakuan baik sementara di depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar.

Katanya, memukul anak nakal mesti kena caranya. Pada zaman dulu, rotan digunakan untuk mengajar anak iaitu selepas amaran tidak diendahkan, anak itu dirotan. Selepas dirotan, anak itu dinasihati supaya tak mengulangi kesilapan.

Selalu terfikir, macam mana aisyah bila besar nanti. Aku harap dia dan Iman akan selamanya menyejukkan hati aku. Tapi, walaumacamana pon pe'el aisyah dan iman aku tetap sayang diorg sebab anak2 anugerah Allah yg tak ternilai. Lepas ni kalau aisyah meragam lg, aku mesti ingat ini ujian Allah, untuk tambahkan pahala aku kalau aku bersabar.


- THE END -
"The best is yet to be"

Comments

kaklong nuzula said…
Laaa.. mcmana blog ida blh hilang? huhu.. risau plak... Patut la klik dekat blog lama tak dpt..

p/s: budak2 biasa la ida, ada mcm2 pesen nak bbesar ni.. asalkan mereka sihat ok la.. kaklong dulu masa kecik2 pun kuat nangis jugak. huhu..
Nurul Ulfa said…
ida..thanks for sharing...semalam ufa marah khairin n khaizuran tinggi suara..menyesal sampai skrg...kenapalah tak boleh bersabar...puncanya mereka berebutkan satu bantal pada pukul 1 pagi bila disuruh tidur menangis-nangis n menjerit sampai muntah..huhu...ufa pulak tensen sbb esok kena bangun awal utk keje...tapi itukan ujian buat apa ufa nak marah2...
Zuraiha Idris said…
kalo gitu, aisyah nnt besar jd k.long, OK sgt lah tuh...

uffa, eda pn slalu mrh ank2...kdg2 ilang sabar...
Kaklong Nuzula said…
Ida, jadi kaklong buat apa? Huhu.. Jadi la apa2 pun, asal berguna utk agama, bangsa n negara.. :)

Itu la, anak2 mmg byk menguji kesabaran.. Harap2 kalau mereka byk uji kita masa kecik ni, dah besar nanti tak la.. (kalau masa besar baru nak uji kita lagi berat tu..)
hehe...tips utk bkl ibu gk ni..

(gtl..kwin pn blum..he)
salzahari said…
so mcmana Aisyah skrg-berapa umurnya? Sejuk sikit ht yg sedih kerana kesal mengasari anak yg buat perangai...Anak dara saya pun mcm Aisyah laah, menangis yg x tahu sebab! mcm sengaja yg menguji kesabaran.....
EdaManAli said…
@salzahari
aisyah dh 2 thn 2 bln dh. masih lg kuat menangis. kuat jeles ngn abg, xleh abg rapat skit ngn ummi @ ayah, mrh smbil nangis2 jerit2. skrg pandai tendang2 kaki plak. mmg gitulah pe'el dia. kalo xlayan dia skit time dia nk tido, tiba2 je dia akn nangis. tp semua pe'el tu t'ubat dgn keletah dia b'ckp, dgr dia nyanyi, tgk dia senyum...dh byk bnde yg dia pandai...tgh tggu dia bsr skit nk tgk ade kurang x pe'el nangis tu...

Popular Posts