Kepulangan

Yang telah pergi tak mungkin akan kembali lagi, yang tinggal hanya rindu yang sarat terbuku di hati

Aku baru je tiba dari kampung halaman aku. 25hb yang lepas kami bergegas pulang ke rumah arwah atuk sebelah abah yang kami panggil To'ki di Kg. Banggol, Setiu. To'ki telah pergi menemui penciptaNya pada lebih kurang pukul 1 pagi hari yang sama. Al-Fatihah kepada Allahyarham Ismail bin Daud.

Jika hujung tahun lepas kami telah kehilangan ayoh yang sangat kami sayangi, kali ini To'ki pulak yang pergi. Kami sudah ketiadaan datuk lagi. Yang masih tinggal cuma nenek dan nenek tiri saja. Nenek sebelah abah lebih awal pergi menghadap Ilahi semasa aku masih di primary school lagi. Walaupun kami tak begitu rapat dengan to'ki, tidak sebagaimana rapatnya kami dengan arwah ayoh, tapi terkesan juga di hati aku akan kehilangannya sebab aku dah tak punyai datuk lagi.  Begitu jauh bezanya perasaan waktu tiba di rumah to'ki tempoh hari dengan saat mula menerima berita pemergian ayoh. Rasa bersalah dalam hati kerana tidak sempat mengenali dan menyayangi to'ki sedalam kasih sayang pada ayoh. Mungkin kerana aku membesar di depan mata ayoh. Pernah sebumbung dengan ayoh, banyak terhutang jasa ayoh(sememangnya tidak terhingga...), pernah bergurau senda dengan ayoh dan banyak lagi.

Pun begitu arwah to'ki tetap turut berada di hati kami, sebagai datuk yang kami kasihi dan hormati selamanya. Adakah kami akan terus ke Kg. banggol selepas ini?

Cerita tambahan:
2 hari selepas to'ki pergi, abang long aku pulak ditimpa kemalangan jalan raya. Handle motorsikalnya telah dilanggar oleh kereta yang hendak memotong(memtong tak buat kira-kira). Motor abang long hilang kawalan dan abang long tercampak ke lane bertentangan. Mujur kereta arah bertentangan sempat menekan brek. Abang long cuma retak tulang tumit dan patah tulang jari kaki, luka amat besar di lengan akibat bergeser dengan jalan dan luka-luka lain yang cukup menyakitkan. Ingatnya nak snap photo abang long, tapi takut kene marah kang, sebab abang long aku agak garang...hikhik...aku bersyukur sangat abang long cuma cedera biasa dan berharap abang long selalu sabar dengan dugaan Allah. Banyak sungguh Allah menguji dia dan familynya. Semoga abang long cepat sembuh...


-THE END-
"The Best is yet to be"

Comments

jie @ azie said…
Al-Fatihah buat Tokki Eda..semoga di tempatkan di kalangan org2 yg beriman :(

Popular Posts