Ayoh dah xada...

Al-Fatihah kpd arwah ayoh. drp Dia kita dtg, kpd Dia kita kembali.

hmm...hari ni br nk cite kisah sedih ni. thn ni kami menutup thn 2009 dgn penuh linangan air mata. datuk kesayangan kami telah dijemput 'pergi'...

selasa lps sedang aku b'siap2 ke opis, aku terima panggilan drp kakak ipar aku di kg. menyatakan yg ayoh sudah tenat. ketika itu ayoh berada di hosp. ada bersama ayoh ketika itu adalah ummi aku dan adik aku yg m'jaga ayoh sepjg mlm, dan hari2 sblm nye. cik su za(adik ummi), ayah su dan abg long aku jgk ada b'sama. mengikut cerita ummi, b'mula jam 3 pg, ummi dh melihat kelainan pd ayoh. matanya hya jarang2 berkelip, ank mata asyik memandang ke kanan shj. tp dia masih m'beri respon jika ditya, tp butir katanya tidak begitu jelas. tidak ade p'gerakan pd anggota2 lain. kaki dan tgn telah pn kaku. tp oleh kerana ummi tidak biasa m'hadapi situasi sebegitu, dia cuma m'biarkan shj. diurut2 dada ayoh dgn minyak urut, diselimutkan ayoh kerana kaki dan tgn ayoh amat sejuk ketika itu. slps itu ummi t'tidur. tggl adikku arin yg melayan ayoh.

pg subuh ummi t'jaga dr tidur. katanya ayoh masih berada dlm keadaan yg sama spt sblm ummi tidur. kaku dan asyik memandang ke kanan tanpa menoleh. hya ank mata. selesai solat subuh ummi bacakan ayoh surah Yassin, sambil tgnnya m'dakap ayoh. jururawat meminta ummi maklumkan keadaan ayoh kpd seluruh ahli keluarga t'dekat. ummi segera maklumkan cik su za dan cik su za sampaikn kpd adikberadiknya yg lain.

ketika itu kedengaran kalimah Allah sering dibibir ayoh, kerana semasa sihatnya dia rajin b'zikir. kalimah Laa Ilaha illAllah muhammadar rasulullah juga kedengaran dgn jelas. adikku arin turut sama bacakan surah Yassin. tp t'sekat2 dek tangisan yg cuba dikawal. b'derai juga air mata ummi sambil cuba mengajarkn ayoh kalimah syahadah. bila cik su za, ayah su dan abg long smpai, mereka turut bacakan surah Yassin. abg long aku pesan kpd ummi supaya tidak putus2 ajarkan ayoh kalimah syahadah kerana itu lah saat paling getir dlm hidup setiap insan.

dada ayoh semakin kuat b'ombak. melihatkan keadaan ayoh, jururawat sempat memindahkan ayoh ke bed yg b'dekatan dgn mereka supaya mudah di monitor. setelah itu ummi kata dada ayoh yg kuat b'ombak itu m'jd semakin reda. selepas 1 hembusan nafas t'akhir yg kelihatan seperti sedu, akhirnya ayoh telah pergi jauh dan xkan kembali lg...mudah shj arwah pergi. tanpa resah gelisah dan gundah gulana. itulah jnji Allah kpd org yg selalu ingt pdNya...

jam 8.00 pg, hset aku b'byi. melihat nama arin yg appear di screen, aku sudah dpt agak apa berita yg hendak arin smpaikn. kami sama2 menangis. begitu jgk dgn 4 adikku yg ada di rumah aku ketika itu.

jam 9 kami b'tolak ke kg. Alhamdulillah aku selamat smpai di kg setelah melalui b'mcm2 halangan dlm perjalanan. aku salam mok dan peluk cium mok. mok turut sama menangis. mok dah hilang 'teman' dan kekasih hati. hilang tmpt mok mengadu. aku sedih melihat mok, kerana sudah lama mok dan ayoh hidup b'sama. hampir 60 thn rasanya.

ketika aku smpai, arwah selesai dimandikan dan hampir selesai dikafankan. sblm disolatkan, kami ank2 dan cucu2 diberi peluang menatap wajah ayoh yg ke sekian kalinya. aku kucup pipi dan dahi ayoh yg sejuk dingin itu. tangisan memenuhi segenap ruang.

kak ngah dan kak lang tidak sempat melihat arwah buat kali t'akhir. mereka amat t'kilan. p'urusan jenazah tidak boleh ditangguh2kan. itu tanggungjwb kpd yg masih hidup.

kata ummi, ayoh ade mengatakan yg dia telah memaafkn setiap antara kami. ayoh pesan supaya ank cucu jaga solat 5 waktu, rajin baca Al-Quran, dan rajin2 b'zikir. perlu b'amal ke jalan Allah selalu. pesan yg amat 'beri kesan pd aku, mmg t'pahat dlm jiwa w/pon aku terima pesanan itu hya dr bibir ummiku.

3 hari aku tidak ke opis kerana mahu m'bantu m'jlnkan tahlil buat arwah. tidak sampai hati juga mahu meninggalkan mok sebegitu cepat. xmengapalah, aku sanggup b'korban demi mok. lgpon aku rasa inilah yg harus aku lakukan. aku tidak ke opis untuk 3 hari terakhir aku b'kerja di sana. aku tidak sempat b'jumpa dgn kwn2 opis ku buat kali t'akhir kerana 4 Jan aku b'mula di tmpt baru. suatu yg juga sgt sedih buat aku. itulah dia, semua kejadian sudah ditentukan Allah. kita hya merancang.

sejak ayoh pergi, mok kelihatan tenang. mungkin mok sudah b'sedia m'hadapi keadaan itu. tp sekali skala aku tgk mok t'menung & tidak focus. mungkin fikirannya masih t'ingatkan ayoh. masakan tidak...ummi pulak seperti lemah dan tak bermaya. ummi kate dia rase kosong, xtau nak buat apa sbb sblm ini setiap hari ummi pasti sibuk m'jaga ayoh. tp skrg tiada lg rutin itu.

doakan semoga arwah ayoh ditempatkan bersama org2 yg mukmin
juga b'harap agar semua reader m'sedekahkan Al-Fatihah buat ayoh...

aku dh kehilangan datuk yg paling aku sanjungi dan sayangi...spt ada 1 ruang kosong dlm jiwa. aku rindu ayoh...dan air mataku b'linangan lg...

-THE END-

"The Best is yet to be"

Comments

jie @ azie said…
takziah utk eda atas ketiadaan ayoh.. bykkan bersabar ... al-Fatihah
Kaklong Nuzula said…
kaklong pun ucapkan takziah... semoga roh arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman dan bertaqwa... insya-Allah...
♥ Mrs. C ♥ said…
Takziah... Al-Fatihah buat arwah..

Sabar yea...
Imma said…
Sabar Ida..yang pergi tetap pergi dan tak mungkin kembali..dan kita yang ada nii mesti teruskan kehidupan..

Salam takziah dan Fatihah dari Ima, hubby and sekeluarga buat Ida dan keluarga seluruhnaya..Semoga arwah berserta rohnya ditempatkan di tempat yang diredhai Yang Maha Esa..Aminn...

Al-Faatihah...
ratu hatiku said…
takziah untuk ida sekeluarga...
ita pun pernah merasa sepertimana awk rasa skrg..kehilangan org yang kita sayang....terpaksa redha dengan kehendak-Nya...
ita doakan semoga arwah ayoh ditempatkan dikalangan org2 yang beriman termasuk arwah 'cek' ita..AMIN!!!
EdaManAli said…
terima kasih sume...

susah nk lepaskn org yg kite syg. tp hakikatnye sume milik Allah...Dia saje yg berhak ke atas segala sesuatu...
Nurul Ulfa said…
ida..takziah

teringat arwah kakak..semuanye milik Allah...Ida bila ada orang yang kita sayang pergi menemuiNya terasa sangatkan mati itu benar dan setiap masa tu berharga sangat...bila2je kita pula akan menyusul...Al-fatihah
Unknown said…
Takziah atas pemergian ayoh tercinta. Ieda keje mano pulok loni?

Popular Posts